Tuesday, September 29, 2009

Hukum pelaburan ASB..HALAL or HARAM??/

ASB?
1) Pandangan Yang Mengharuskan
Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

1. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin
b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.


2) Fatwa Yang Mengharamkan
Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor.

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah?
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa.
oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Ustaz Zaharuddin menyokong pengharamkan di atas asas berikut :-

1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.
3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. Jika kita melihat jumlah peratusan pelaburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad 1.07 %


Hakikatnya,
masih banyak lagi syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram.


Justeru,
tiada sebab yang jelas untuk melaburkan pada syarikat pelaburan yang haram,
kerana,
masih banyak syarikat yang menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh:

a)Public Ittikal,PUBLIC MUTUAL FUNDS-(hilmi hayat)
b)Unit Trust Islam
c)pelaburan GIPPS dan banyak lagi.

Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.
TAK PERCAYA??
TANYE LA PADA ENCIK MUHAMMAD HILMI HAYAT..unit trust consultant-019-3740489 untuk penerangan yang lebih jelas mengenai pelaburan berkonsepkan syariah.

Hasil di telaah, di ekstrak dan di compactkan oleh =MUHAMMAD HILMI HAYAT,unit trust cnsultant...019-3740489
Hasil kupasan dari Ustaz Haji Zaharuddin;
-Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
-Panel Soal Jawab Agama, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
-Konsultan Shariah & Perbankan Islam, Furqan Islamic Finance Group, Dubai


HAYAT= Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.Wa Allahu Aa'lam

1 comment:

  1. huhu~hayat yang sememangnya pakar dlm hal2 sebegini..nway aku suka gak baca entri2 mcm ni..check blog aku..blog ko tersenarai dlm pilihan list kengkawan aku. check it out

    ReplyDelete