Sunday, July 26, 2009

THE IS THE RIGHT TIME..kosmo,Julai 2009

Beli saham ketika harga murah

JOHOR BAHRU - Orang ramai sepatutnya mengambil peluang dengan membeli saham-saham berharga murah di pasaran saham tempatan pada masa sekarang sebagai usaha mengaut keuntungan apabila pasaran kembali naik seiring dengan pemulihan ekonomi negara yang dijangkakan berlaku pada akhir tahun ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perunding Unit Amanah Bumiputera Malaysia, Norizam Tukiman berkata, selain membeli saham, produk saham amanah(UNIT TRUST) juga boleh dijadikan pilihan kerana ia memiliki risiko yang rendah.

"Pelabur perlu bertindak segera kerana pasaran saham akan pulih tidak lama lagi dan ini dibuktikan oleh kajian yang dilaksanakan oleh pakar-pakar ekonomi terhadap keadaan ekonomi negara.

"Ekonomi negara Asia seperti China juga akan pulih lebih awal berbanding Eropah," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

HAYAT : keadaan ekonomi dijangkakan pulih lebih awal bagi negara-negara Asia termasuk China,India,Brazil dan Indonesia berbanding Amerika Syarikat.Oleh itu,pelaburan-pelaburan yang dijalankan di negara-negara ini akan memberikan hasil/pulangan yang lebih besar di samping promosi-promosi menarik yang ditawarkan..Belajarlah menyimpan ketika umur masih muda supaya simpanan yang ada boleh membantu kita di kala susah atau di hari tua kelak..

No comments:

Post a Comment