Wednesday, April 29, 2009

Al-Quran Pencetus Manusia Berfikiran Kritis

Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. betul ke?sape cakap?

Yang sebenarnye, dalam al-Quran tidak terdapat suatu hukum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. so,terang2 la,
al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan
‘buat apa sahaja selagi benar’,

bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan.


Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46)


Antara ayat-ayat al-Quran yang berkisar tentang pemikiran kritis adalah:

1)
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah al-Ghasiyah: 17)




2)
"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Surah al-Hujurat: 6)



3)
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta". (Surah al-An’am: 116)




4)
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan". (Surah al-Ma’idah: 8)




5)
"Dan janganlah Engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya…" (Surah al-Isra’: 36)


Nak tahu lebih,link je kt atas tu..

HAYAT <span style="font-weight:bold;">Macam biase,anda akan kate anda tahu sume ni.tapi sejauh mane sikap ini diamalkan..kite boleh tengok sendiri tym exam,sepatutnye tap kali exam menjelang anda akan rase seronok..sebab ape,sebabnye anda boleh tengok banyak mane ilmu y anda pelajari n sejauh mane keberkata ilmu tersebut...sume ini boleh dilihat dari result y kite perolehi lepas ni..tapi,hal sebaliknya berlaku..exam yang ditiba dicaci,dimaki,dirungutkan..kadang2 lecturer dipersalahkan..n saf2 kat surau mulai surut as exam da abis...ish2,ni peringatan utk kite sume..kadang2 aq pun merungut gak..kalau2 leps ni kowg nampak aq merungut lagi,peringatla kan aq..
sebenarnye,banyak cntoh2 firman yang menyokong kenyataan kt atas ni,cume aq xmencari lagi..its a matter of time..:)

konklusi,
Sesiapa yang rajin mencari dan mengkaji sesuatu maklumat, pasti dia akan beroleh pengetahuan dan pengalaman baru..
Begitu juga bagi mereka-mereka yang malas menyelidiki dan meneliti kejadian-kejadian alam yang menjadi salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Bukankah ilmu itu wajib dituntut oleh setiap insan yang bergelar Muslim?ni peringatan tuk aq sendiri n sape2 y berkaitan..so,lu pikir la sendiri..peace!!chow

No comments:

Post a Comment